Saturday, 19 April 2014

Review Produk: MAC Mineralize Charged Water Youth Aura

Hye!! Dah lama dah tak update blog. Padahal banyak je ni nak cerita macam-macam dah beratur panjang kat belakang. Cuma tak sempat nak berblog -.-''. Yelar, sejak berkerjaya ni, busy memanjang je. Okaylah, so Suza nak cerita sikit pasal Mac Mineralize Charged Water Youth Aura. 

Suza beli produk ni sebab muka Suza yang memang tunjuk sangat-sangat muka keletihan, lagi-lagi lepas tengah hari masa bekerja. Apatah lagi lepas habis kerja. Lagi lar macam muka tak cukup tidur dua hari. Macam teruk sangat lar Suza kerja...kononnyeer. Memang kusam habis walaupun dah pakai bedak berlapis-lapis kat muka sampai bertapuk-tapuk jadinya...Hewwh.. Tapi lepas pakai produk ni, muka Suza nampak lebih glow dan tak kusam sampai habis kerja balik petang pukul 5. 

Produk ni dapat membantu kulit muka kita tak nampak kusam tp bagi glow, lembut dan smooth je kalau pakai mekap. 

Produk ni Suza hanya spray je kat muka laju-laju sebelum pakai moisturizer atau pelembap muka tetapi selepas pakai toner muka. Nak spray tu kena tutup mata rapat-rapat lar dan jauh sikit dari muka. Pedih jugak taw kalau termasuk mata. Lepas spray kat muka, biarkan je sampai dah tak nampak air kat kulit. Memang sekejap je menda tu dah serap ke dalam kulit dalam satu saat macam tu je. Masa tu memang rasa fresh nye lahai kulit muka ku ini. Nampak kulit lembap je walaupun belum sapu moisturizer. Lepas tu baru lar boleh sapu moisturizer, foundation, bedak segala. Senang je pakai, tak susah pon kannnn. Yang bestnya, produk ni tak ada 'glycerin', so kulit kita kurang berminyak. Kalau kulit tak berminyak tu memang best lah pakai menda ni. Bau pun sedap manis gitu sebab bau macam buah peach sikit. 

Suza beli MAC Mineralize Charged Water Youth Aura ni macam biasa kat MAC Mid Valley Megamall tu dengan harga RM98. Mahal tapi tahan lama takperrrr... Tutup mata je terus amik botol ni beli. Macam pic atas ni, Suza da pakai selama dua minggu. Itu kalau penggunaan orang yang tak rajin keluar hujung minggu, hanya guna masa pergi kerja saja dan jalan hujung minggu sekali sekala. 

Nampak ke glow nya kat celah mana?? hahahah.. Ni dah kira glow dah ni bagi Suza. Kalau tak macam orang sakit tiap-tiap hari.
-.-'' 
Memaaannnggg youth aura betei...

Suza bagi empat bintang!!!! Tak nak bagi penuh sebabnyeerr... Suza tak try lagi produk lain. Nanti lepas habis sebotol ni baru tukar lain. Byeee!!!!

1 comment: