Sunday, 25 May 2014

Dubu Dubu Seoul Food, Mid Valley Megamall

Semalam baru je jenjalan kt Mid Valley Megamall dengan adik Suza, Adam. Dah janji nak belanja Adam makan korea sebagai upah tolong Suza buat kerja hewhew.. Sebelum ni kami dah pernah pergi Dubu Dubu Seoul Food. Tempat lain tak pernah pulak try. Susah kan nak cari kedai makanan korea yang halal selain Seoul Garden. Suza rasa setiap restoran makanan korea jual jenis makanan yang berlainan. Macam Seoul Garden ada bbq dan steamboat. Kalau Dubu Dubu ni ada lah beberapa jenis makanan korea yang kita boleh try dan kena dengan tekak 1Malaysia kita ni kot..pedas-pedas gitteww. Boleh lah nak try Bimbimbap, Soondubu Jigae, Korean Gogi ke. Tapi kimbap fav Suza suka tak ada..huhu. Semalam Suza makan Soondubu Jigae beef. Ada sayur kacang panjang sikit, kimchi sikit, macaroni and cheese minyak bijan pon sikit jugak. Yang banyak, kuah Soondubu Jigae ni yang nampak macam kuah maggi kari, ada tahu lembut, telor dan daging dalam kuah tu. Rasa kuah ni pon macam maggi kari jugak la sikit-sikit tapi pedasssssssss woiiiii..tapi sedap lah. Pedas sampai meleleh air mata dan air hidung heee.. Harganya seingat Suza, RM 17.90.
 
Soondubu Jigae Beef. Pic senget tak cantik, sebab tak sabar nak makan, sorry. 

Adam makan Cheese Soondubu Jigae Beef, RM 18.90. Sama juga ada kacang panjang sikit, kimchi sikit, macaroni sikit tapi kuah dia ada cheese (tak nampak pon cheese). Bila tengok macam tak ada beza pon dengan Soondubu Jigae Suza. Rasa pon tak ada beza. Mungkin sebab pedas tu dah cover rasa cheese kot.
 Cheese Soondubu Jigae Beef

Kiri: Peach Tea, Kanan: Shikye

Suza minum air Peach Tea je, RM 6.90 tak special pon. Tapi Adam minum air Shikye (Traditional Korean Rice Punch), RM 6.90 yang sebijik rasa macam air barli, sedap manis je. Lain kali kalau pergi lagi restoran ni, Suza nak air Shikye tu lar. Terngiang-ngiang kat lidah sampai hari ni rasa air tu.  Oh lagi satu nak try Toppokki Soondubu Jigae, rice cake yang pedas tu. Suza tengok Global We Got Married ada makan toppokki toppokki ni. Pengaruh kpop wave la ni, kalau tak da kpop ni, tak adanya Suza teringin nak makan Korean food.
So sesiapa yang belum pernah try makanan korea, Suza boleh suggest try la kat Dubu Dubu Seoul Food di Mid Valley Megamall, LG Floor. Oh, pergi la awal sikit, jangan sampai tengah hari kalau tak nak beratur panjang weekend ye.
So, Suza bagi 4/5 kat Dubu Dubu Seoul Food ni =))
안녕히 계세요!!!!

Sunday, 18 May 2014

Review Produk: IN2IT Gel Tint for Lip & Cheek: Strawberry

Produk Info
Harga: RM 9.90
Warna: 4 warna (peach, strawberry, raspberry, melon).

Daripada 4 warna ni, Suza pilih strawberry. Dengar nama pon macam nyum nyum je sebab Suza memang suka sangat dengan buah strawberry. Dah guna tiga bulan gel tint ni dan sampai sekarang masih tak habis-habis lagi, mungkin mulut kecik sangat kot.


Pembungkusan:
Nampak ermmmmmmmm macam tak menarik sangat lah, biasa-biasa saja. Dah sebab strawberry, so warna bekas pon pink yang macam buah strawberry tu. Bentuk bekas plastik kecil dan kurus panjang, memang senang nak dibawa ke mana-mana. Nak masuk poket ke, handbag ke..memang tak ada masalah. Dalam bekas tu dah ada sponge applicator. Senang nak sapu terus kat bibir. Semua warna bekas ikut warna buah.

Warna, tekstur dan kemasan:
Gel tint ni agak cair tapi laju je bila sapu kat bibir dan matte, yelar 'gel' dan 'tint' kan. Warna nak lebih terang kena sapu dua kali atau lebih. Kalau nak nampak lebih natural, sapu sekali dah cukup.

 Kalau rajin Suza buat sapu banyak-banyak kali. Pics dua atas ni Suza sapu dua kali dah cukup. 

Ketahanan warna:
Kalau ikut info gel tint ni kata tahan sampai 8 jam, tapi kalau dah makan minum, makan minum memang tak lah sampai 8 jam. Kalau bibir tu adalah sampai  5 jam. Kalau sapu kat pipi tu sampai 4 jam sebab muka berminyak asyik touch up dengan bedak, makin lama makin pudar lah.

Bagi Suza, gel tint ni best juga lah sebab:
  • senang nak bawa, simpan dan sapu dengan applicator yang dah disediakan ni dimana-mana je.
  • warna senang nak blended.
  • rasa sejuk je bibir bila pakai.
  • boleh digunakan untuk bibir dan pipi.
  • tahan lama juga.
Suza rasa tak best sebab:
  • kadang-kadang bila sapu sambil berangan mesti tercalit kat hidung, jari, tangan, so kesan warna gel tint yang tercalit tu agak susah nak hilangkan juga. Guna makeup remover lor kalau nak hilangkan kesan tu.
  • nak cuci bibir pon sama juga nak kena sental dengan makeup remover. Guna air ke face wipes pon tak hilangkan warna sangat.
Rating Suza:
Suza bagi 4.5/5 bintangggggg.  Yelar harga pon murah kan, ekau trimo ajo lah seadonyooooo...






Wednesday, 14 May 2014

Susunan Kedudukan Perabot dan Barang untuk Bilik Kecil



Suza memang suka sangat bilik kecil. Dalam banyak-banyak bilik dalam rumah Suza, bilik yang paling kecil lah yang dipilih. Tapi perabot banyak =p. Perabot banyak sebab barang pon banyak. So, Suza minimakan barang-barang letak kat luar. Suza banyak simpan kat dalam almari, peti, kotak, & etc. Yelar kalau nak letak macam-macam kat luar boleh buat habuk je. Hewwhhh

 
Jom kita tengok =)
 

Nampak tak roomates Suza tiga ekor atas katil tu hihi.
 
Baju yang dah digosok, Suza gantung je kat penyangkut baju tu. Senang nak tengok, memandangkan baju dalam almari penuh sangat.

 
 
 

Friday, 25 April 2014

Brownies dalam Cawan


 
Suza terjumpa resepi brownies yang paling senang sangat nak buat khas untuk pembaca-pembaca yang dah teringin sangat nak makan brownies tapi malas nak buat.

Senang sangat kan?? Jadi tak ada alasan malas-malas lagi dah.. Selamat mencuba.. =)

Saturday, 19 April 2014

Review Produk: MAC Mineralize Charged Water Youth Aura

Hye!! Dah lama dah tak update blog. Padahal banyak je ni nak cerita macam-macam dah beratur panjang kat belakang. Cuma tak sempat nak berblog -.-''. Yelar, sejak berkerjaya ni, busy memanjang je. Okaylah, so Suza nak cerita sikit pasal Mac Mineralize Charged Water Youth Aura. 

Suza beli produk ni sebab muka Suza yang memang tunjuk sangat-sangat muka keletihan, lagi-lagi lepas tengah hari masa bekerja. Apatah lagi lepas habis kerja. Lagi lar macam muka tak cukup tidur dua hari. Macam teruk sangat lar Suza kerja...kononnyeer. Memang kusam habis walaupun dah pakai bedak berlapis-lapis kat muka sampai bertapuk-tapuk jadinya...Hewwh.. Tapi lepas pakai produk ni, muka Suza nampak lebih glow dan tak kusam sampai habis kerja balik petang pukul 5. 

Produk ni dapat membantu kulit muka kita tak nampak kusam tp bagi glow, lembut dan smooth je kalau pakai mekap. 

Produk ni Suza hanya spray je kat muka laju-laju sebelum pakai moisturizer atau pelembap muka tetapi selepas pakai toner muka. Nak spray tu kena tutup mata rapat-rapat lar dan jauh sikit dari muka. Pedih jugak taw kalau termasuk mata. Lepas spray kat muka, biarkan je sampai dah tak nampak air kat kulit. Memang sekejap je menda tu dah serap ke dalam kulit dalam satu saat macam tu je. Masa tu memang rasa fresh nye lahai kulit muka ku ini. Nampak kulit lembap je walaupun belum sapu moisturizer. Lepas tu baru lar boleh sapu moisturizer, foundation, bedak segala. Senang je pakai, tak susah pon kannnn. Yang bestnya, produk ni tak ada 'glycerin', so kulit kita kurang berminyak. Kalau kulit tak berminyak tu memang best lah pakai menda ni. Bau pun sedap manis gitu sebab bau macam buah peach sikit. 

Suza beli MAC Mineralize Charged Water Youth Aura ni macam biasa kat MAC Mid Valley Megamall tu dengan harga RM98. Mahal tapi tahan lama takperrrr... Tutup mata je terus amik botol ni beli. Macam pic atas ni, Suza da pakai selama dua minggu. Itu kalau penggunaan orang yang tak rajin keluar hujung minggu, hanya guna masa pergi kerja saja dan jalan hujung minggu sekali sekala. 

Nampak ke glow nya kat celah mana?? hahahah.. Ni dah kira glow dah ni bagi Suza. Kalau tak macam orang sakit tiap-tiap hari.
-.-'' 
Memaaannnggg youth aura betei...

Suza bagi empat bintang!!!! Tak nak bagi penuh sebabnyeerr... Suza tak try lagi produk lain. Nanti lepas habis sebotol ni baru tukar lain. Byeee!!!!